GIFFARINE DLM UTUSAN MALAYSIA-28.06.09

~GIFFARINE~
rancang buka lima pejabat baru

KUALA LUMPUR 28 Jun - Giffarine Skyline Unity (M) Sdn. Bhd. (Giffarine), syarikat berkonsepkan pemasaran pelbagai peringkat (MLM), merancang membuka lima pejabat baru dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya.
Syarikat yang berpengkalan di Kota Bharu ini ditubuhkan khusus untuk menyediakan peluang perniagaan bagi orang ramai yang berminat berniaga selain mengguna produk berkualiti antarabangsa.

Berkonsepkan MLM, Giffarine ditubuhkan bagi tujuan pemasaran produk berasaskan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri merupakan antara langkah awal syarikat itu untuk mengembangkan lagi perniagaannya di pasaran tempatan.
Pengurus Hal Ehwal Korporat, Ruslan Ismail berkata, Giffarine Malaysia yang ditubuhkan di Kota Bharu mengambil konsep MLM dari syarikat induknya di Thailand.
Beliau memberitahu, produk dan jenama Giffarine sudah popular di Thailand dan menduduki tangga kedua di negara tersebut mengatasi jenama dan produk antarabangsa lain.
"Di Malaysia, Giffarine hanya mula bertapak sejak beberapa tahun lalu di Kelantan berikutan kebanyakan pengguna mendapatkan produk-produk tersebut dengan berulang-alik dari Kelantan dan Thailand," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Giffarine Thailand yang diasaskan oleh Dr.Nalinee Paiboon, 52, sejak 13 tahun lalu memiliki lebih kurang 4,000 produk termasuk produk kecantikan, kosmetik, penjagaan kulit, suplemen kesihatan, produk kelengkapan rumah, produk makanan dan produk pertanian.